Assalamualaikum dan salam 1UiTM….

Hari ini dan semalam(11/2/2011 – 12/2/2011) telah berlangsungnya khusus Kepimpinan Calon MPP bagi sesi 2011/2012.Untuk makluman semua,MPP sesi 2010/2011 yang diketuai oleh Nik Amierul Shazwan Bin Nik Amiran telah melabuhkan tirainya dengan rasmi pada 7 Februari 2011 yang lalu.Jujurnya kami pun tak tahu mengenai tarikh pembuburan MPP ini dan terima kasih kepada TP HEP,En.Azahari kerana memaklumkan kepada kami.Kami dapat tahu tarikh pembubaran ini pada 9 Februari 2011 yang lalu.Dah dua hari bubar baru tahu.Sedih betul..haha…So berakhirlah sesi kepimpinan kami sebagai Majlis Perwakilan Pelajar 2010/2011.

Korang pasti nak tahu apa yang telah dibuat oleh MPP sepanjang setahun lebih memegang status MPP kan?Mari saya kongsikan sedikit disini.Dibawah ini saya senaraikan aktiviti -aktiviti yang telah dilaksanakan oleh MPP sesi 2010/2011:-

Sesi Pertama 2010(Januari 2010-April 2010)

  1. Dialog Bersama MPP
  2. Dialog Bersama Pengarah Kampus
  3. Jom Riadah Bersama MPP
  4. MDS Intake Julai 2010
  5. Perjumpaan Bersama MT Persatuan
  6. Pembentukan Jawatankuasa 1Fiesta
  7. Bengkel Menyiapkan Kertas Kerja 1Fiesta Bersama YDP Persatuan Dalaman

Sesi Kedua 2010(Julai 2010 – Nov 2010)

-Disini sebenarnya tugas kami sebagai MPP bermula =)

  1. Dialog Bersama Pengarah
  2. Hari Terbuka MPP
  3. Kursus Pemantapan Organisasi
  4. Sehari Ukhwah Ramadhan Bersama Kelab Kebudayaan + Komander
  5. Santai Bersama OC MDS Di Sekayu
  6. Sehari Di PH(Kerjasama dengan kelab-kelab yang lain)
  7. PC Fair 1Fiesta
  8. Bas Balik Kampung
  9. 1Fiesta
  10. MDS intake December 2010
  11. …lain-lain(itu je aktiviti yang masih saya ingat..huhu…banyak sangat..)..Nanti saya tambah semula k.

Okay,kat atas itu adalah aktiviti,itu tidak termasuk lagi dengan program luar yang disertai oleh MPP contohnya:-

  1. Konvensyen Dan Kunjungan Muhibah MPP UiTM Se-Malaysia Di Perlis
  2. Kursus Pemantapan Organisisi MPP Di Shah Alam
  3. Konvensyen Pemimpin UiTM Peringkat Kebangsaan Kali Pertama Di UiTM Shah Alam
  4. ..ada beberapa lagi aktiviti yang dihadiri oleh rakan MPP lain tetapi saya tak join,so x ingat nama program tu..=)

Selain daripada itu,perjumpaan dan perbincangan dengan TY(Pengarah Kampus) turut diadakan untuk membincangkan masalah pelajar.Jadinya bukan mudah untuk menjadi MPP ini,sentiasa ada kerja dan tanggungjawab untuk dilakukan.Nampak je relax tetapi sebenarnya banyak yang telah kami laksanakan sepanjang satu tahun ini.Cuma anda sahaja yang tak tahu…Yelahkan,takkan semua benda kami nak bagi tahu kan..so don’t judge a book by its cover..

Selain berbincang dengan TY,kami banyak berbincang dengan pihak HEP keutamanya En.Azahari dan En.Taufik mengenai masalah pelajar ini.Jumpa di pejabat HEP,cakap pasal masalah pelajar,jumpa di post A,bincang pasal masalah pelajar,jumpa di pejabat MPP,bincang pasal masalah pelajar,bincang pasall masalah persatuan,bincang pasal perkembangan UiTM.Jangan berasa hairan kalau dulu korang nampak kami jadi pok guard sementara di post A bersama En.Azahari dan En.Taufik tu.hahaha…

KENAPA RAMAI PELAJAR TIDAK MENGENALI AHLI MPP?

Pasti korang tertanya-tanya kan pasal perkara ini.Ramai yang tak kenal dengan MPP,yang korang kenal hanya dua orang.Siapa agaknya dua orang tu?haha..tak perlu sebut lah kan..tahu-tahu sendiri…haha..Ke mana lagi MPP yang lain,kenapa mereka ini tidak dikenali atau tidak menonjol?

Bukan tidak menonjol tetapi memang prinsip kami bukan untuk mencari publisiti tetapi prinsip kami adalah merendah diri atau humble .Ada dua perkataan yang sangat sinonim dengan kami iaitu Flexibility dan Humble.

Flexibility bermaksud bila kami diberikan apa-apa tugasan,kami bersedia untuk melaksanakannya dan bersedia membantu antara satu sama lain.”Bukannya,aku buat kerja aku,ko buat kerja ko”.

Humble pula bermaksud sentiasa merendah diri dan sentiasa menjaga hubungan baik dengan persatuan dalaman,JPK kolej,Staf UiTM dan juga Lecturers.So mencari  publisiti bukan maklamat kami.

Itu adalah prinsip kami,dan apa pula matlamat kami?ada 5 objektif yang telah kami gariskan semasa mula-mula MPP ditubuhkan tetapi saya nak kongsikan satu sahaja objektif MPP sesi 2010/2011 iaitu:-

1.Menjaga Hubungun Baik,Menggabungkan Dan Menyatupadukan Semua Persatuan Dalaman Dan JPK Kolej UiTM Dungun.

-Nampak mudah je objektifk dia kan?tapi untuk melaksanakannya bukan mudah.Tambah pula,sebelum kami dilantik menjadi MPP,berlaku sedikit bertikaian antara MPP dengan JPK serta Persatuan Dalaman.So satu cabaran yang besar bagi kami untuk menyatukan semula kesemua persatuan dalaman di UiTM ini.Tapi dengan kepimpinan yang ada pada diri setiap MPP serta dengan bantu HEP,kini kami boleh tersenyum dan menarik nafas lega kerana berjaya memulihkan hubungan antara MPP dengan persatuan dalaman dan juga JPK kolej.

-Malahan ada YDP persatuan dan ahli-ahli persatuan dalaman dan JPK kolej yang tidak pernah menjejak kaki di MPP sebelum ini dah boleh lepak-lepak baca surat khabar di MPP.Boleh masuk dan keluar sesuka hati di pejabat MPP itu.Memang itu yang kami impikan.=)Alhamdulilah,ianya berhasil jugak…

-Tapi untuk menjayakan maklamat ini,ia bukannya mudah.Ia perlukan komitmen dan kerjasama kesemua MPP dan juga persatuan dalaman yang lain.Kami amat berterima kasih kepada JPK Kolej dan persatuan dalaman yang telah berkerjasama dengan kami selama satu tahun kami menjadi MPP ini:

  1. Pakcik,Kiah,Fifi,Kak Ain,Ika(Kebudayaan)
  2. Daus,K.Tehah,Fadil,Stick,Zam,Amin(Debat Dan Pidato)
  3. Pokya,En.Afif,Titah(Komander)
  4. Jambang,Siti,(Most)
  5. Riduan,Cibi(Palapes)
  6. Abang Lan(Isbec)
  7. Kak Shah(SifE)
  8. Elly,Wany,Zue,Syuk(JPK)
  9. Farah,Farid,Faris(BH)
  10. dan lain-lain.banyak kot nak sebut sorang-sorang..huhu.Law ada lagi nak tambah nama,boleh tinggalkan kat komen k..hehe

Akhir sekali,apa yang kami harapkan kepada calon MPP dan MPP sesi 2011/2012,kekalkan kerjasama yang telah terjalin antara MPP dan persatuan  dalaman serta JPK kolej dan tingkatkan usaha untuk menambahbaikkan lagi mutu dan kualiti perkhimatan MPP.Mungkin kali ini anda semua boleh menfokuskan untuk menjaga hubungan baik antara MPP dengan pelajar-pelajar UiTM Terengganu pulak.Mana tahu kan?Itu terpulang kepada kebijaksanaan dan matlamat anda setelah menjadi MPP kelak.=).

All de best untuk calon-calon MPP sekalian..

Sesi Penamaan Calon: Minggu Hadapan(Nanti saya informkan semula tarikhnya)

Tarikh Pilihanraya Kampus : 22 Februari 2011

Sekian,Terima Kasih.Terima kasih atas sokongan dan kerjasama daripada anda semua =)

p/s:lepas ini saya tak boleh lah bawak kereta lagi ke kolej. oh tidakkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!

Tags: